<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30












~My Buddies~
Tudge
Nesha


~Others Link~

syok kahwin
sahabat hijjaz
Quran MP3
Video Ceramah Islam
Mediamuslim
Download Nasyid
Grapesnasyid
Rahsiaebiz
TeaM FlareBiz
Tipadsense
motivasi modal insan juara


You Are Visitor No:


counter





If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Saturday, January 19, 2008
Intelek Kurang Membaca...

Salam dihulur buat pembaca blog setia hamba... hehe...

emm... semalam lewat tul aku tido... online sbb nak cari maklumat tentang budaya membaca dikalangan pelajar ipt la... aku rase macam penah buat je tugasan nie... tapi sebab aku mengantuk (aku dh tido kul 11 kot) aku takde idea langsung... dpt msg kul 1 pg kot... my brother ask my idea abt that topic.. mula2 aku jwp ringkas je... last2 aku bngun n online... harap dpt tolong dia... then baru aku leh tido... kul 4pg kot... hehehe... yg sebenarnya cari maklumat tu kejap je... tapi yang aku redah entah ape2 yang lamanye...

nie maklumat yang aku dapat baca... ooooooooooooo berguna juga kalau kita baca....

Berdasarkan satu kajian yang dibuat oleh seorang pensyarah Jabatan Media, Universiti Malaya (UM), Dr. Abu Hassan Hasbullah mengenai tabiat membaca di kalangan pelajar universiti di negara ini menunjukkan mereka hanya membaca empat buah buku setahun.

Sebagai perbandingan jumlah buku yang dibaca oleh pelajar universiti di Australia ialah 180 buah, Indonesia (94 buah), India (130 buah), Thailand (56 buah) dan Brunei (26 buah). Di samping itu juga, jumlah buku yang dibeli oleh pelajar kita pula hanya setakat empat buah sahaja untuk tiga tahun pengajian berbanding pelajar universiti di luar negara, jumlah buku yang dibeli oleh pelajar Australia ialah 160 buah, Indonesia (43 buah), Thailand (31 buah), India (75 buah) dan Brunei (15 buah).

Lebih menakutkan apabila laporan itu turut mendakwa jumlah buku yang dibaca oleh pensyarah di Malaysia hanya mencecah purata 20 buah buku untuk tiga tahun pengajian (enam semester).

Keadaan ini berlaku berkemungkinan besar kerana kemudahan dan kecanggihan teknologi siber masa kini memudahkan para pelajar dan pensyarah membuat rujukan Internet di portal pendidikan, blog, hab komunikasi, jurnal elektronik (e-jurnal), CD, DVD dan rujukan India (75 buah) dan Brunei (15 buah).

Lebih menakutkan apabila laporan itu turut mendakwa jumlah buku yang dibaca oleh pensyarah di Malaysia hanya mencecah purata 20 buah buku untuk tiga tahun pengajian (enam semester).

Keadaan ini berlaku berkemungkinan besar kerana kemudahan dan kecanggihan teknologi siber masa kini memudahkan para pelajar dan pensyarah membuat rujukan Internet di portal pendidikan, blog, hab komunikasi, jurnal elektronik (e-jurnal), CD, DVD dan rujukan elektronik lain tanpa bergantung kepada kaedah rujukan tradisional seperti buku, makalah, jurnal dan sebagainya sepertimana yang diamalkan oleh kebanyakan pelajar dan pensyarah.

Di samping itu juga, faktor ekonomi dan harga buku rujukan akademik yang terlalu mahal elektronik lain tanpa bergantung kepada kaedah rujukan tradisional seperti buku, makalah, jurnal dan sebagainya sepertimana yang diamalkan oleh kebanyakan pelajar dan pensyarah.

Di samping itu juga, faktor ekonomi dan harga buku rujukan akademik yang terlalu mahal sehingga mencecah ratusan ringgit menjadikan pelajar dan pensyarah berfikir dua kali untuk membelinya.

oleh:MOHAMAD SOFEE RAZAK (Peguam)

Utusan Online - Rencana

kata aku: 4 buku 1 thun... sikit nye... aku suka buku ilmiah yang tentang jiwa wanita... mendidik wanita... tp de kat umah.. aku tak bawa merantau la... rindu kat dorang... buku jiwa ku.. :)
salam...

Posted at 09:44 pm by rin9
Make a comment  

Jangan Pisahkan...

Deddy Dores & Mayang Sari
Jangan Pisahkan


Biar cinta
Terhalang gunung dan samudera
Aku tetap
Memegang janjiku padamu

Biar jurang
Yang terjal ada didepanku
Takkan goyah
Sumpahku kepada diri

Kita bagai kumbang dan bunga
Hatiku pasti hatimu jua
Namun mengapa ada saja
Yang benci tulus cinta kita

( korus )
Jangan pisahkan, aku dan dia
Tuhan tolonglah, ku cinta dia
Biarkan kami tetap bersama
Di dalam suka dan duka

( ulang semula, korus )


kata pengarang: lagu nie aku suka sangat... terutama kalau di dendangkan oleh pasangan suami isteri...

Posted at 09:25 pm by rin9
Make a comment  

Friday, January 18, 2008
Kopicat Cafe...

salam... my friends...
Hari ini hari jumaat macam biasa kami akan menghabiskan masa kat karamon @ karamunsing. KOPICAT CAFÉ menjadi lokasi pilihan kami tengahari ini… emm pertama kali saya pergi café nie.. menu-menu yang disediakan memang menyelerakan… sesuai dengan kadar harga yang ditawarkan.. saya memilih Choco shake dan Korea noodle + fish fillet, Audrey memilih Ice Lemon Vanilla… tengokla kat gambar tu… macamana sedap tak? Hehe…. Kalau berminat nak mencuba kunjungilah
Kopicat Café,
lot 1, Gnd Floor,
Komplex Karamunsing, Sabah.
Tel: 088-270298

juga terdapat di kingfisher.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Lepas tu kami pergi buat pemeriksaan mata percuma di luar kedai 99 ringgit.. (lupa dh nama dia) dimana bingkai dan kaca mata dan cermin paling murah di kedai tersebut iailah rm 99... kedai baru buka... ingat memang nak tukar speak mata nie.. tapi tak tahu nak pilih la yg mana? tu yang sampai sekarang tak tukar speak lagi... emmm... macamana nak pilih ek? kalau orang tolong pilih saya tak bekenan pun susah juga... emm... :)

Posted at 08:12 pm by rin9
Comments (2)  

Thursday, January 17, 2008
Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu..

Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu....Smile

banyak kenangan indah dan pahit masa aku berada di hospital ini... masa zaman kanak-kanak, bila aku menemankan arwah nenek aku di hospital ini... masa aku sakit sebab jaga nenek di hospital cry dan banyak lagila... masa aku beratur tunggu giliran masa nak ambil darah...Shades masa nak buka jahitan aku yang satu je tu... upenye aku leh buka sendiri penat je aku nak naik bus ijau tu... leceh... sehinggalah saat aku menjejakkan kaki kali terakhir ke sini pagi tadi... emm tapi aku tak naik la bangunan nie... aku kat atas bukit tu... jauh sikit la nak kena jalan... eh jauh banyak... penat juga aku tadi masa nak dekat sampai klinik aku tu... nak pengsan pun aku de rasa... napa aku nak pengsan...??Shocked padahal aku de makan sikit nasi pagi tadi walaupun tak ada selere... nie mesti dah menjangkit dari adik esyam nie... kurus semacam je aku tengok...

kira-kira kul 9.30pagi aku sampai hospital... aku jalan dari umah kul 8.00pagi la... malas nak pergi awal-awal hehe... dari jauh macam tak ramai orang kat dalam klinik tu... bila masuk je... aduh ramai juga... mengantuk juga aku menunggu... doktor aku kali nie doktor cina baru... lupa plak aku nak tengok nama dia... tapi ada kat slip cuti tu... malas la aku nak bagi tau korang... dalam hati aku berdetik juga... mana ek doktor yag rawat aku dulu... tapi aku malas nak tanya nurse kat situ... tu la orang cakap... "malas bertanya tak tahu la jawabnya"... nurse tu yang periksa aku... alhamdulillah... aku ok... takde appoiment pun akan datang.. cume kena ambil ubat je...

dalam kul 11 tepat kaki ku melangkah keluar dari klinik tu... masa kat farmasi yang lamanya... panasnya... tapi aku buat biasa ja... emm... jalan-jalan sampai pasar... aku tak de teman la... kalau tak lama lagi agaknya aku melekat kat kk tu... hehehehe... akhirnya aku sampai umah dalam jam 12.30 kot... panas nye... cume yang sempat aku godek bawa pulang ialah sayur sawi pahit kegemaran aku dan pisang!!! hahaha... then aku masuk bilik la... dan buat apa yang patut...

okla sampai di sini saja...

akhir kata... jangan lupa doakan saya dan semua orang semoga sihat sejahtera... amin... salam.Big Smile


Posted at 02:53 am by rin9
Make a comment  

Wednesday, January 16, 2008
initial D..

hehe... satu lagi yang saya minat hehehe... saya beli cd dia smpi 4stage...kat low yat... tp cume menonton sekali je... best2... emm watak hero yang pendiam wat saya pun diam... nak belajar macamana cara dia berfikir... emm...

                           

                        

emm... review kat cni ek... http://en.wikipedia.org/wiki/Initial_D


Posted at 11:14 pm by rin9
Make a comment  

ada apa dengan cinta...

sebuah filem yang memang saya minat kerana pengolahan bahasa dan musik yang sesuai dengan jiwa saya... juga puisi-puisi yang membuat saya nak juga mencari buku yang terdapat dalam filem tersebut... cd filem ini telah menjadi koleksi saya di samping cd sountrack filem ini... best2 semuanya...

Puisi Rangga...

Aku lari ke hutan, kemudian menyanyiku

 Aku lari ke pantai, kemudian teriakku

 Sepi... Sepi dan sendiri aku benci.

 Aku ingin bingar. Aku mau di pasar.

                 

 Bosan aku dengan penat,

 dan enyah saja kau, pekat!

 

 Seperti berjelaga jika aku sendiri

 Pecahkan saja gelasnya biar ramai

 Biar mengaduh sampai gaduh

 

 Ahh.. ada malaikat menyulam jaring laba-laba belang

 di tembok keraton putih

 Kenapa tak goyangkan saja loncengnya?

 Biar terderah,

 atau... aku harus lari ke hutan belok ke pantai?

 


Posted at 10:37 pm by rin9
Make a comment  

Tuesday, January 15, 2008
Mas Kahwin Yang Hilang...

"Wang Menghalang Perkahwinan Anda? "

Ketahuilah Bagaimana Anda Boleh Mencari & Mengumpul Wang Untuk Perkahwinan Anda dengan Mudah & Lancar!!

Mungkin kini, anda sedang dilamun cinta. Usia perkenalan yang sudah agak panjang dengan si "dia" .... membuatkan anda merasakan, sudah tibalah masanya ntuk anda mengikat kukuh cinta anda dengan ikatan yang sah, iaitu sebuah ikatan perkahwinan. Satu ikatan suci murni yang akan menjadikan anda berdua sebagai sepasang suami-isteri yang sah dan seterusnya hidup dengan aman dan bahagia.
Namun.. merealisasikan impian rumahtangga itu.. bukanlah suatu perkara yang mudah sepertimana memetik sekuntum bunga di taman. Keinginan anda yang membuak-buak untuk mendirikan rumah tangga itu, terhenti seketika setelah anda membuat sedikit kira-kira tentang perbelanjaan yang diperlukan untuk melangsungkan perkahwinan anda.
RM 15,000? Perghh... itu belum masuk kos pengangkutan untuk pergi ke rumah pengantin. Duit minyak, tol, tempat penginapan, upah penanggah, sewa peralatan set audio video, upah juruvideo, potpuri... dan bermacam-macam lagi 1001 benda yang perlu anda sediakan untuk melangsungkan majlis perkahwinan anda.
Itu hanyalah baru kos sebelum dan semasa anda melangsungkan perkahwinan... bagaimana pula dengan kehidupan selepas perkahwinan anda? Bajet honeymoon?.. Bajet untuk sewa rumah baru? Perabot serta kelengkapan-kelengkapan rumah? TV.. Set Bilik Tidur.. Kelengkapan Dapur untuk memasak.. dan macam-macam lagi... semuanya memerlukan WANG....
Pendek kata.. "Jika tidak ada wang simpanan sekurang-kurangnya RM15,000 dalam akaun bank anda... jangan bermimpilah nak kahwin."
Mungkin anda pernah mendengar sindiran sebegitu. Memang ianya agak pedih dan menyakitkan hati.. tetapi.. itulah hakikat kehidupan yang perlu anda hadapi dan terima.
Saya memahami situasi anda.... Anda mungkin baru sahaja tamat belajar dan baru sahaja mendapat pekerjaan, itupun kontrak sahaja, belum lagi mendapat jawatan tetap. Di dalam situasi sebegini, memang agak sukar untuk anda menyimpan wang yang banyak untuk perkahwinan anda. Lebih-lebih lagi dengan beberapa bebanan hutang yang terpaksa anda tanggungi seperti hutang kad kredit, hutang kenderaan (Motorsikal/Kereta) dan juga hutang pelajaran (PTPTN) yang anda ambil sewaktu belajar dahulu.
Ataupun.. mungkin anda sudah lama bekerja. Tetapi, hingga kini, anda masih tidak lagi dapat mengumpul wang yang secukupnya untuk melangsungkan perkahwinan anda.
Gaji anda boleh tahan juga, tapi.. yang peliknya, setiap hujung bulan, anda pasti tidak akan cukup duit, anda tidak pasti kemana wang anda menghilang setiap bulan. Rasa-rasanya.. anda tidaklah ada ber"joli" sakan.. tetapi.. pada setiap bulan, anda pasti tidak cukup wang... atau lebih baik sedikit.. wang gaji anda hanya cukup-cukup sahaja. Asal cukup bulan sahaja.. wang anda habis.. cukup bulan je.. wang anda habis... sedikit pun tidak dapat nak menyimpan. "Macam mana lah nak kahwin kalau macam ni?" kata hati anda....
kepada mereka-mereka yang ingin mendirikan rumah tangga tetapi kekurangan duit. Silalah ke http://www.maskahwin.com/index.php?ref=rina

Sebuah buku panduan yang memang praktikal untuk orang2 yg nak kahwin tapi tak cukup duit. Dalam buku tu dia bagi panduan mcm mana nak urus kewangan, mcm mana nak simpan duit dan juga mcm mana nak cari duit tambahan.

saya sudah mendapatkanya... anda bila lagi...

Memang berbaloi lah kalo baca... kepada awek-awek yang pakwenya asyik mengeluh takde duit.. mungkin leh hadiahkan buku nie pada mereka..

 


Posted at 03:45 am by rin9
Make a comment  

Monday, January 14, 2008
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

 



Judul: Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Pengarang: Prof Dr. Hamka

Penerbit: Pustaka Dini Sdn Bhd

Genre: Novel

Muka surat: 286 halaman

Harga: RM 16.00

ISBN: 98337072994


Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck merupakan sebuah karya tersohor oleh Prof Dr. Hamka.

HAMKA lahir pada 17 Februari 1908 di Meninjau, Sumatera Barat dan meninggal dunia pada 24 Julai 1981 di Jakarta. Nama sebenar Hamka ialah Haji Abdul Malik bin Karim bin Amrullah. Beliau merupakan salah seorang tokoh pendakwah yang disegani di rantau Nusantara, juga seorang yang bijak dan mahir dalam bidang kesusasteraan, penulisan kreatif dan prolifik, seorang pujangga dan ahli falsafah Islam.

"...Di dalam usia 31 tahun (1938), masa darah muda masih cepat alirannya dalam diri, dan khayal serta sentimen masih memenuhi jiwa, pada waktu itulah 'ilham' Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck ini mula kususun dan dimuat berturut-turut dalam majalah yang kupimpin.

Setelah itu ia diterbitkan menjadi buku... Belum berapa lama tersiar, ia pun habis. Ramai pemuda berkata : "Seakan-akan tuan menceritakan nasibku sendiri." Ada pula yang berkata : "  Barangkali tuan sendiri yang tuan ceritakan..."

Buku ini adalah antara buku yang menjadi koleksi saya hingga hari ini. Saya memang meminati buku yang puitis dan bergaya bahasa. Buku ini memang menepati jiwa saya. Hingga ada part-part yang bisa membuat saya menitiskan air mata.

Buku ini men


Posted at 08:10 pm by rin9
 

Monday, December 31, 2007
Selamat Tahun Baru 2008!!!

Assalamualaikum.... hamba ucapkan kepada sahabat sekalian....
dalam beberapa jam lagi kita akan menyambut tahun baru...2008.... dan akan meninggalkan kenangan lama sebagai sejarah hidup tahun 2007....

adakah kita sudah cukup bersedia? atau adakah kita sudah menutup diari hidup tahun 2007 dan tak akan membukanya lagi setelah kita tutup dan kuncinya... kerana sebentar lagi kita akan ada lembaran baru yang masih segar, suci dan bersih untuk kita coretkan saat-saat manis, saat indah mahupun saat-saat yang membuat kita menangis dan rasa hiba...

apa salahnya kita buka sekejap muka hadapan diari 2007... adakah azam tahun 2007 kita sudah tercapai... atau kita kena membawa kehadapan untuk kita usahakan tahun ini.... apapun azam yang baik harus kita teruskan.... masih sempat lagi kita melakarkan harapan hidup tahun 2008 untuk kita rancang dan cuba usaha dan laksanakan supaya hidup ini tidak sia-sia.... supaya hidup kita lebih bermakna... supaya diri kita dapat merasai pemberian Allah iaitu sebuah kehidupan....

kehidupan ini cukup indah dan bermakna kalau kita betul-betul berusaha menikmatinya dan mensyukurinya... kehidupan yang berliku dan penuh ranjau mengajar kita hidup lebih kuat dan tegar dalam menghadapi ujian hidup... sungguh indahnya hidup dengan perasaan suka dan duka, pahit dan manis, sunyi dan meriah...

Tahun 2008 ini diharap akan membawa kita kepada kehidupan yang lebih baik daripada sebelumnya... kerana kita manusia akan sentiasa cuba meningkatkan diri kita... akan cuba menjadi yang lebih baik dan lebih yang baik... berdoalah semoga hari-hari yang mendatang akan memberikan kita semangat untuk menjadi manusia yang lebih berguna dan berjasa... untuk menjadi manusia yang tak kenal erti putus asa... menjadi manusia yang tak takut terjatuh kerana kita pasti akan bangun semula... untuk berusaha menjadi manusia yang sentiasa gembira... kerana kita yang mencoretkan riak wajah kita... bergembiralah kerana usaha murni mu... bergembiralah kerana usaha mu tahun 2007 yang menjadikan mu lebih dewasa... yang mematangkan mu... yan membuatmu merasa bahagia.... berdoalah untuk kesihatan dan keselamatan dan kebahagian mu dan keluargamu... insyaALlah..... semoga kita dilindungiNYA...amin.

wassalam...
selamat tinggal kenangan 2007.
selamat datang harapan 2008.


Posted at 09:36 pm by rin9
Make a comment  

Sunday, December 30, 2007
Salam Perkenalan

salam dihulur jangan tak disambut...

tanda perkenalan buat sahabat...

jom baca coretan hati ini...

buat tatapan para sahabat...Smile

Ikhlasnya hati tanda setuju...

persahabatan di meterai kerana Allah...

menjunjung kasih pada yang Satu...

moga hidup penuh barakah...

akhir kata....

salam dari saya Rina... Wink


Posted at 07:03 pm by rin9
Make a comment  

Previous Page