|
Kini aku menulis blog ini di kawasan kota belud yang terasa best ini…. Aman dan damai ku rasai… wah hijau suasananya… terutama di kampung pakcik ku ini… Sebelum ini aku susah juga nak senyum terutama bila berada di rumah… risau apa akan terjadi padaku… Kini aku dah mula boleh tersenyum sedikit dengan kata- kata semangat yang bernyanyi di telingaku.. Huh… aku adalah pelatih sesb yang telah di tugaskan untuk menerima latihan di kawasan kota belud… Bukan apa jauh je dari orang tersayang dan family di Labuan… Aku harap aku akan lebih bersemangat menuntut ilmu dari orang-orang berpengalaman di sini… kali terakhir aku jejak kaki masa tahun 2005 kot.. Jum kita terokai sejarah Kota belud:- Daerah Kota Belud terletak di bahagian Pantai Barat Utara (PBU) negeri Sabah, iaitu di unjuran kaki Gunung Kinabalu mengarah ke utara dan lembahnya dibatasi Laut Cina Selatan. Daerah Kota Belud dikelilingi oleh beberapa daerah lain yang bersempadan dengannya seperti daerah Tuaran, Kota Marudu dan Ranau. Jarak daerah Kota Belud dari Bandaraya Kota Kinabalu ialah 77 km. Nama Kota Belud berasal dari bahasa suku kaum Bajau. Dalam bahasa Bajau, KOTA membawa maksud PERTAHANAN dan BELUD pula bermakna BUKIT. Oleh itu, Kota Belud boleh diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia sebagai BUKIT PERTAHANAN. Mengikut cerita orang tua-tua, pada zaman dahulu berlaku permusuhan antara kaum dan kampung. Demi memperkukuhkan pertahanan masing-masing, mereka mencari tempat yang sesuai dan selamat untuk berlindung. Oleh itu, kaum bajau memilih sebuah bukit sebagai kota pertahanan dan mereka namakan bukit itu sebagai KOTA BELUD. Bilangan penduduk dan pecahan penduduk mengikut kaum di Kota Belud mengikut maklumat Jabatan Perangkaan: Suku Kaum - Jumlah Melayu - 2,338 Kadazan/Dusun - 32,682 Bajau - 26,054 Murut - 70 Bumiputra Lain - 11,005 Lain-lain - 707 Bukan Warganegara - 1,719 Jumlah - 75,508 Tamu Kota Belud juga mempunyai destinasi-destinasi menarik yang boleh dijadikan sebagai daya tarikan pelancong. Salah satu destinasi yang terkenal ialah Tamu Mingguan Kota Belud yang merupakan Tamu yang tertua dan terbesar di negeri Sabah. Tamu yang diadakan setiap hari Ahad ini bermula jam 6.00 pagi. Satu perkara yang menjadi tarikan di tamu mingguan ini ialah Amalan Pertukaran Barangan/Sistem Barter yang masih wujud di tamu ini. Jualan utama ialah hasil tanaman/pertanian. Selain daripada itu terdapat pelbagai jeis kuih-muih tradisi ataupun moden, hasil-hasil kraftangan dan juga penjualan ternakan seperti ayam, kambing dan lembu di tamu tersebut. Pertunjukan kuda bajau dan cara membuat parang juga merupakan satu lagi tarikan yang menjadikan tamu mingguan Kota Belud unik berbanding tamu-tamu lain di negeri Sabah. Tamu Besar Tamu Besar Kota Belud diadakan setiap tahun. Pada hari tersebut, "Bajau Horseman" akan memakai pakaian tradisional begitu juga dengan kuda yang ditunggang. Tempat-tempat Peranginan dan penginapan 1) Yakin Show Farm (mini zoo dan merupakan pusat ternakan burung unta) 2) Kg Siasai (Pusat Pembuatan Parang) 3) Kg Tambutuan (sesuai untuk aktiviti memancing) 4) Kampung Kuala Abai (sesuai untuk aktiviti memancing dan skuba) 5) Mantanani Resorts yang terletak di Pulau Mantanani. 6) Taginambur Village Holiday Home yang terletak di Kampung Taginambur. 7) Kota Belud Resthouse Resorts 8) SIU Motel sumber: idesa |
| sazweena August 25, 2009 05:20 AM PDT iii apa asal usul nama kg.siasai nie? | ||
| Leave a Comment: |